Sunday 17 September 2017

SELAT MELAKA : ANCAMAN GEOPOLITIK TERHADAP NEGARA

Malaysia antara negara dunia ke tiga yang dihormati oleh kuasa besar dunia kerana di Malaysia adanan  Selat Melaka iaitu laluan perdagangan yang paling sibuk di dunia. Banyak kuasa besar terutamanya China dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk mempengaruhi Malaysia supaya antara dua kuasa besar ini salah satunya dapat mengawal selat Melaka. Namun prinsip Malaysia yang bekecuali ini telah menyebabkan impian dan harapan kuasa besar untuk berada di Selat Melaka belum ada kesampaian. Namun begitu malaysia telah mengambil jalan tengah supaya kedua-dua kuasa besar ini tidak kecil hati maka berbagai pogram telah dibuat untuk kepentingan Selat Melaka. Ini adalah bekaitan dengan geopolitik iaitu ancaman yang melibatkan negara lain terhadap Malaysia yang saling kait mengait antara satu sama lain. Ancaman geopolitik ini banyak faktor tetapi isu selat Melaka salah satu sebab Malaysia terkenal di seluruh dunia.